Buang sembilan Congak

Buang sembilan ialah satu kaedah untuk memastikan yang hasil pengiraan aritmetik permulaan adalah benar. Dengan melihat pada asas digit input dan output, prosedur berikut boleh digunakan untuk meningkatkan keyakinan yang keputusan itu adalah benar.

  1. Tambah digit kendalian pertama; sebarang 9 (atau set digit yang jika ditambah mendapat hasil 9) dianggap mempunyai nilai 0.
  2. Jika hasil tambah memiliki dua atau lebih digit, tambah digit-digit tersebut seperti langkah pertama; ulang langkah ini sehingga mendapat hasil satu digit.
  3. Ulang langkah satu dan dua untuk kendalian kedua. Sekarang akan terdapat dua nombor digit, satu adalah hasil dari kendalian pertama dan satu lagi hasil dari kendalian kedua. (nombor-nombor digit ini juga merupakan baki jika kendalian asal dibahagikan dengan 9; dalam bahasa matematik, ia dikenali sebagai kendalian asal modulo 9.)
  4. Gunakan operasi asal (tambah, tolak, bahagi dan darab) untuk kedua-dua hasil kendalian, kemudian tambah digit-digit dari hasil operasi tersebut.
  5. Tambah kesemua digit dari hasil pengiraan asal (sebelum buang sembilan dilakukan) seperti dalam langkah pertama.
  6. Jika hasil dari langkah 4 tidak sama dengan hasil dari langkah 5, jadi jawapan dari pengiraan asal adalah salah. Jika kedua-dua hasil adalah sama, jawapan asal mungkin benar, tetapi tidak dijamin.
Contoh
  • Katakan pengiraan asal 6338 × 79 bersamaan dengan 500702. 6338 ialah kendalian pertama, 79 ialah kendalian kedua dan operasi asalnya ialah pendaraban.
  1. Tambah digit-digit 6338: (6 + 3 = 9, dianggap 0) + 3 + 8 = 11
  2. Ulang jika perlu (untuk dapatkan 1 digit): 1 + 1 = 2
  3. Tambah digit-digit 79: 7 + (9 dikira 0) = 7
  4. Lakukan operasi asal pada kedua-dua hasil kendalian, dan tambah digit-digit dari hasilnya: 2 × 7 = 14; 1 + 4 = 5
  5. Tambah digit-digit hasil pengiraan asal 500702: 5 + 0 + 0 + (7 + 0 + 2 = 9, dianggap 0) = 5
  6. 5 = 5, jadi terdapat kemungkinan yang hasil pengiraan asal 6338 × 79 bersamaan 500702, adalah benar.

Penganggaran

Apabila memeriksa congakan, ia berguna dengan menggunakan penskalaan. Contohnya, apabila mengendalikan pengiraan nombor besar seperti 1531 × 19625, penganggaran boleh dibuat untuk nilai akhir kepada pengiraan ini. 1531 adalah hampir dengan 1500 dan 19625 adalah hampir dengan 20000, jadi hasil pengiraan ini sepatutnya hampir dengan 20000 × 1500 (30000000), satu nilai anggaran yang baik untuk jawapan sebenar (30045875). Jadi jika sesuatu jawapan memiliki lebih bilangan digit dari jumlah digit dalam nilai anggaran, jawapan itu adalah salah.

Faktor-faktor

Apabila mendarab, perlu diingat yang faktor-faktor kepada kendalian akan kekal. Contohnya, adalah tidak munasabah jika hasil darab 14 × 15 ialah 211 kerana 15 adalah satu nilai gandaan 5, jadi hasil darabnya sepatutnya gandaan lima juga. Jawapan yang betul ialah 210.